Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemui dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut sehingga tidak terlintas oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi (saraf). Beliau membuka sebuah klinik yang bertemakan ‘Perubatan Melalui al-Quran’. Kajian perubatan melalui al-Quran menjadikan ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Quran. Di antara kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian berkenaan urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah, padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah melakukan kajian yang memakan masa yang agak lama, beliau akhirnya mendapati bahawa darah tidak memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan solat. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan tertentu sahaja dan pada masa tertentu sahaja. Ini bermakna darah hanya akan memasuki urat saraf tersebut mengikut kadar waktu solat yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan dan kebijaksanaan Allah swt.
Justeru, barangsiapa yang tidak menunaikan solat, maka otaknya tidak akan dapat menerima darah secukupnya untuk berfungsi secara normal. Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam ‘sepenuhnya’ kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini. Kesimpulannya, makhluk Allah swt bergelar manusia yang tidak menunaikan solat, apatah lagi yang bukan beragama Islam, walaupun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan atau tindakan yang normal.
Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang-kala tidak segan silu melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walaupun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Ini adalah kesan ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara normal. Maka, tidak hairanlah jika timbulnya bermacam-macam gejala sosial dalam masyarakat masa kini. Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas. Amallah Islam secara menyeluruh dan bukanlah secara berdikit-dikit.

No comments:
Post a Comment