Thursday, March 3, 2011

Di Akhir Zaman Islam Kembali Menjadi Dagang

Tulisan asal daripada Bersama dato' Dr Haron Din



Hadis sahih daripadaa Abu Hurairah r.a, beliau mendengar Junjungan Besar Nabi Muhammmad saw bersabda (mafhumnnya):



بداء الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بداء فطوبى للغرباء

        "Islam itu mulanya dagang (ghariban) dan akan kembali akhirnya dagang (ghariban). Maka berbahagialah orang-orang yang dagang ketika itu."
(Riwayat Imam Muslim)




          Islam itu dimulakan dengan seorang, iaitu Rasul yang mengimaninya, seolah-olah dagang ataupun sebatang kara kerana ianya bermula dengan seorang. Kemudian islam itu berkembang & dianuti oleh ramai penganut seperti yang dapat kita saksikan ketika ini. Namun, di akhir-akhir saat nanti islam akan menjadi dagang. Tetapi ia tidaklah bermakna seorang sahaja yang islam.
        Dalam hadis di atas Rasulullah saw dalam bahasa Arab menyebut sebagai 'ghurabak'. Perkataan ini adalah perkataan jamak atau ganda yang beerti banyak. Ia menunjukkan bahawa bukan seorang sahaja orang islam yang tinggal ketika itu, tetapi ramai.
       Istilah ghurabak dalam hadis ini terdapat makna-makna yang khusus baginya & disebut dalam hadis-hadis sahih seumpama dengannya.

1)  Seperti dalam satu hadis (mafhumnya):
       Ada sahabat yang bertanya kepada Rasulullah saw , "Siapakah dia ghurabak itu ya Rasulullah? Lalu baginda menjawab, "Iaitu mereka yang terus-menerus konsisten melakukan kebaikan di waktu manusia lain asyik melakukan kejahatan."
2)  Riwayat lain ada menyebut (mafhumnya):
       "Ghurabak itu adalah mereka yang terus-menerus bertugas memperbaiki segala kerosakan yang dilakukan oleh orang lain terhadap sunnah Rasulullah saw."
3)  Riwayat sahih yang lain ada menyebut (mafhumnya):
      "Ghurabak itu adalah orang-orang yang baik-baik tetapi sedikit. Disamping orang ramai yang jahat itu banyak."

      Ghurabak dalam hadis ini jelas menunjukkan keadaan manusia di akhir zaman yang majoritinya gemar melakukan yang dilarang dalam islam, melanggar hukum serta merobek sunnah. Sedangkan yang mematuhi hukum, mengamal dan mempertahankan sunnah itu sedikit, yang merosakkannya ramai.
      Hadis-hadis ini sebenarnya menggambarkan fenomena islamyang dibawa oleh Rasulullah saw dalam konteks permulaannya di Makkah al-Mukarramah dan perkembangannya, menepati apa yang berlaku hari ini.
      Islam di Makkah seolah-olah ganjil, dagang, tersisih dan amat sedikit yang mendukungnya. Akan tetapi islam dapat berkembang, diterima ramai dan diimani dalam bentuk yang amat menggalakkan.
Seperti firman Allah swt (mafhumnya):
     "Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah),
Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat."    
(Surah an-Nasr, ayat 1-3)
      "Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal salih dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan mendikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka : khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka."
(Surah an-Nuur, ayat 55)
       Jelas menyatakan bahawa islam akan bangkit kembali dan menerajui dunia. Di saat dan ketika inilah terjadi perjuangan sengit antara yang benar dan yang batil. Islam pasti akan menang di akhir saat kelak. Persoalannya, di pihak manakah kita nanti? Tepuk dada, tanyalah iman....



3 comments:

  1. i.allah..moga kita menjadi golongan yg asing itu..

    ReplyDelete
  2. Jazakallahu khair atas perkongsiannya ��

    Istiqomah di atas jalan Rasulullah S.A.W... Mudah2an tergolong golongan ghurabak... Aamiin2 Ya Allah

    ReplyDelete