Showing posts with label AGAMA. Show all posts
Showing posts with label AGAMA. Show all posts

Thursday, March 21, 2013

makanan penyebab lupa


Berikut adalah makanan dan tabiat2 makan yang menyebabkan kelupaan.

1) Banyak makan epal yang sudah masam.

2) Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buahan.

3) Banyak makan bawang besar.

4) Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering yang terlalu banyak.

5) Memakan kepala ikan.

6) Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.

7) Makan sehingga terlalu kenyang.

Friday, June 29, 2012

Petua Awet Muda

Petua Muslimah Untuk Awet Muda 
gambar hiasan =)

1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

Sunday, June 17, 2012

Konflik di Syria




Syria terus bermandi darah dan keadaan konflik meruncing di negara itu terus mendapat perhatian negara antarabangsa. Pelbagai langkah telah diambil oleh negara dan pertubuhan antarabangsa untuk meredakan ketegangan yang semakin memuncak di negara tersebut tetapi usaha mereka telah ditolak bulat-bulat oleh Presiden Bashar al-Assad. Berikut adalah soal jawab mengenai pergolakan yang berlaku hampir setahun di Syria.

Wednesday, June 6, 2012

Persediaan Menghadapi Bulan Ramadhan


       
Telah berlalu hari, minggu, dan bulan. Sedar atau tidak, kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat. Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman; Allahumma Ballighna Ramadhan. Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Ar-Rasul s.a.w.

"Allahumma Ballighna Ramadhan"

        Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa
 ‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’ 
(Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).

Friday, December 2, 2011

HUKUM MENGUNDI

MENGUNDI SERUPA DENGAN MEMBERI KESAKSIAN

Menurut ulamak terkenal masa kini, Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Islam menganggap penyertaan seseorang dalam pilihan raya dan pungutan suara serupa dengan memberi kesaksian bahawa calon yang dipilih adalah baik. Pada pandangan beliau lagi, sesiapa yang memberikan undian/suaranya kepada seorang

Monday, November 21, 2011

Anda TUTUP aurat ke BUNGKUS aurat?

Anda TUTUP aurat ke BUNGKUS 
aurat? Beza BUNGKUS dengan TUTUP adalah amat besar.

Situasi 1:
Aisyah: Ahmad, cbe teka aku tgh BUNGKUS ape?

Ahmad: Alaaa, nasi lemak.

... Aisyah: Aik? Mne ko tau?

Ahmad: Aku nmpk nasi tkluar sikit tu. Lgpun aku tau ko mmg jual nasi lemak.
Aisyah: Ok2. Cbe teka nasi lemak ni byk ke sikit?

Ahmad: Alaaa lg sng. Byk la.

Aisyah: Ha? Cmne ko tau ni?

Ahmad: Tgok bntuk & saiz laa. BUNGKUSan bsar, byk. BUNGKUSan kcik, sikit. Haha kantoi.

Aisyah: Pandainye ko ni.

Ahmad: Bkn aku yg pndai, ko yg xpndai. Haha.

Aisyah: Ceh. Malas la soal.

nak dapatkan hadiah menarik dari Perodua,boleh la klik gambo bawah ni=)


Saturday, November 12, 2011

Doa lembutkan hati anak,isteri dan suami

Doa-doa Untuk Kebahagiaan Rumahtangga (Suami, isteri, anak soleh solehah)..




Doa ini diambil dari al-Quran dan cara doa dibaca seperti di bawah...



رَبـَّــنـَــا.…………………… ۝

Maksudnya
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

Doa Melembutkan Hati Anak / Suami / Isteri..

Tafsirnya: “ِAllah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.”

Wednesday, July 13, 2011

Petua tambah rezeki $ $ $

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

Monday, April 18, 2011

Wanita oh Wanita..Lelaki oh Lelaki..





Gambar di sebelah sekadar hiasan sahaja..hihi..ni mase trip ke china hari tu..tiada kene mengene dgn yg hidup ataw yg dah mati  ////peace =)





Firman Allah:
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. [Maksud surah al-Nur 24:26]
Ayat ini disebut turun sempena peristiwa fitnah ke atas A'isyah radiallahu anha. Maksudnya, seseorang yang bersuamikan orang yang baik, dia juga adalah orang yang baik. Memandangkan A'isyah bersuamikan Rasulullah s.a.w. yang baik, maka A'isyah juga adalah baik.

Saturday, February 19, 2011

AURAT KAUM WANITA!!!

1 . Bulu kening
Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) "

Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari


2 . Kaki ( tumit kaki )
" Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau mengangkatnya) agar diketahui perrhiasan yang mereka sembunyikan "

An-Nur : 31

a ) menampakkan kaki
b ) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki

Wednesday, January 12, 2011

Mengapa gagal kawal nafsu zina??



Hikmah larangan berzina sudah dimaklumi umum. Akibat buruknya juga terbukti hari ini, kes pembuangan bayi serta pembunuhan pasangan kekasih adalah bertitik tolak daripada perlanggaran perintah Allah.

Tuesday, January 11, 2011

LAZATkah MAKSIAT??



Kehidupan seharian kita tidak akan lari daripada dua perkara, sama ada berada dalam maksiat atau taat.

Apabila Rasullulah s.a.w menyebut "halawah-al-iman" (kemanisan iman), fahamlah kita bahawa iman itu manis. Taat kepada Allah itu manis. Membaca Al-Quran, solat berjemaah, menghadiri majlis ilmu, qiamullail dan sebagainya, semua itu manis.

ERTI DOA

Di dalam Al-Quran kata-kata doa banyak kita temukan dalam beberapa ayat dan surah, mempunyai beberapa erti yang berbeza kandungan dan makna dari ayat-ayatnya dengan perbezaan susunan kalimat-kalimatnya pula.
Umpamanya=



a. Doa yang bererti ibadah atau menyembah. Sebagaimana firman Allah:


Dan jangan kamu berdoa (menyembah) selain Allah, sesuatu yang tidak memberi manfaat dan mudharat kepadamu...
(Surah Yunus ayat 106)
b. Doa yang bererti Istighathah (meminta tolong). Seperti Firman Allah:


...dan minta tolonglah kepada saksi-saksimu (sekutu-sekutumu) selain Allah jika kamu orang-orang yang benar.(Surah Al-Baqarah ayat 23)
c. Doa yang bererti As-Sual (memohon), Seperti Firman Allah:

...mintalah kepadaKu, akan Ku perkenankan pintamu...
(Surah Al-Mukmin ayat 60)
d. Doa yang bererti An-Nidaa' (panggilan). Seperti Firman Allah:

Iaitu pada hari DIa memanggil kamu...
(Surah Al-Isra' ayat 52)
e. Doa yang bererti Ath-Thana' (pujian). Seperti Firman Allah:

Katakanlah Pujilah Allah atau Pujilah Ar-Rahman...
(Surah Al-Isra' ayat 110)
f. Doa yang bererti Al-Qaul (ucapan). Seperti Firman Allah:

BERDOALAH SAHABAT!!

Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:

"Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!"