Saturday, January 29, 2011

RESEPI CHEESY WEDGES KFC....SODAAPP

Hai semua,korang mesti suke makan benda ni,tapi kalau nak makan selalu,kene beli je dekat KFC kn,da la mahal,sikit lak tu.ape kata kita buat sendiri kat rumah kita,mudah je,makan pn puas hati..hihi terima kasih atas Chef Norzailina yg berjaya merungkai rahsia resepi KFC ni,arigatoo..SELAMAT MENCUBA KWN2  =)




WEDGES

4 biji kentang (jenis kulit merah lebih gebu) -guna 1/2 kg kentang Russet
air untuk merebus - letak 1 cawan
4-5 camb tepung berperisa -pakai 1/2 cawan serbuk goreng ayam tu
1 camt serbuk cili atau serbuk lada sulah (jika suka) -letak 1 sudu besar
minyak utk menggoreng

Cara-cara
Potong berbaji (wedges) kentang (tak perlu kupas kulitnya). Untuk 1 biji boleh dapat 6-8 keping. Jerang air hingga mendidih. Masukkan garam dan kentang. Rebus hingga empuk. Angkat dan toskan. Letak di dalam mangkuk besar. Gaul dengan tepung berperisa dan serbuk cili. Goreng di dalam minyak panas hingga keemasan. Sebelum keemasan seluruhnya, angkat sebentar dan biar 1 minit (supaya minyak panas semula) kemudian baru masukkan wedges ke dalam minyak, balik-balikkan selalu kemudian baru diangkat dan disejatkan. Ini akan membuat wedges lebih rangup dan isinya cair di dalam mulut....!

Sos Keju Mustard

Bahan-bahan:
2 camb mentega
2 camb tepung gandum
¼ camt garam
Sedikit serbuk lada sulah
1 cawan susu segar
1/3 cawan keju Cheddar, diparut -letak cheesedale + mozarella
½ camt mustard (jenis kering, dlm tin) ~ mustard powder -letak sos mustard
Sedikit serbuk bawang putih - tak ada ni

Cara membuat:
1. Cairkan mentega atas api sederhana perlahan.
2. Masukkan tepung, kacau 1 minit.
3. Bubuh garam dan serbuk lada sulah.
4. Perlahan-lahan tuangkan susu.
5. Kacau atas api perlahan hingga sos pekat.
6. Masukkan keju, mustard dan serbuk bawang putih.
7. Kacau selalu hingga keju cair. Jangan sampai mendidih. Angkat.





KAN DAH SIAPPPP..HIHI SERBUUUUU=)

17 comments:

  1. waaaa..meleleh lak air liur bce resepi ni..bole try nih

    ReplyDelete
  2. Wahhhh harus cuba nihhh...tak lma lg KFC tutup kodai....

    ReplyDelete
  3. nak try buat buat buat!!!:D tq for the recipe.

    ReplyDelete
  4. nak tnye,teping berperisa tu tepung ape?>

    ReplyDelete
  5. tak faham la tang mustard tu. letak mustard powder ke sos mustard?

    ReplyDelete
  6. mcm mana nak wat mcm serbuk powder tu

    ReplyDelete
  7. ryu kenashiro,boleh kamu ++ facebook saya??
    cchian_92@live.com

    ReplyDelete
  8. camb n camt tu stand for ape eh? adeihh

    ReplyDelete
  9. camner nk buat nii??

    ReplyDelete
  10. camb tu camca besar,camt tu camca teh....wedges tu senang je..yg tricky part adlh chessy sos tu..mcm2 variasi ade..nnti saya update....innovator said

    ReplyDelete
  11. tq...lame doh cari...

    ReplyDelete
  12. lega rasanya dah dapat resipi mustard sos, anak nak makan makaroni mustard kat kenny rogers, tak larat nak ulang alik...jauh... so dh dapat resipi mustard ni leh la try, bhn2 semua dah ada, tunggu Jumaat ni bru leh buat...tq sgt2 kongsi resipi ni..

    ReplyDelete
  13. Mustard tu mmg kena guna mustard jenis serbuk dalam plastik,pasti yg kering dalam tin ngan SOS mustard exp;Heinz mustard tu ke ?

    ReplyDelete