Kanser serviks | Sebarang cecair atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersama dan turun berat badan. |
Kanser payudara | Bengkak atau ketulan pada payudara, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada. |
Kanser usus besar | Perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus dan berlaku pendarahan semasa membuang air. |
Kanser paru-paru | Batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan. |
Kanser perut | Hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit. |
Kanser limpa | Sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak. |
Kanser ovari | Haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam. |
Kanser otak | Sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/ pitam, pelupa, perubahan personaliti. |
Kanser prostat | Sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan. |
Kanser tekak | Suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
|
cuak giler baca entri nih..
ReplyDeleteHarus berhati-hati dengan tanda-tanda ni..terima kasih share info
ReplyDeleteTu semua tanda tanda yang mmg pasti anda ada kanser ke...?
ReplyDelete