Monday, January 2, 2012

Jersi Baru Kelantan,Perak,Selangor,Kedah dan Jersi Kelab-kelab Liga super 2012






BAHANG Liga Super Malaysia (Liga M) 2012 kian terasa.Masakan tidak, debaran peminat bola sepak negara untuk merasai kehangatan bola sepak tanah air lebih teruja apabila bakal menyaksikan 14 pasukan kesayangan mereka di dalam misi yang sama bertarung bagi merebut tahkta liga dari juara musim lalu, Kelantan.









Menjelang tahun baharu, cabaran untuk muncul sebagai juara Liga M yang bernilai RM 1.1 juta itu bakal diserikan dengan kehadiran pemain import yang bergandingan dengan pemain tempatan pada setiap perlawanan.






Setiap pasukan telah melaburkan kos yang tinggi bagi mendapatkan pemain-pemain import berkualiti ini, sekaligus menyaksikan persaingan sengit antara pemain tempatan untuk beraksi di dalam skuad utama.









Namun, dengan penghijrahan pemain-pemain ternama seperti Indra Putra Mahayuddin yang kembali ke pangkuan Kelantan dari T-Team, menunjukkan pemain tempatan juga mampu memberikan aksi cemerlang sebagaimana kualiti yang dimiliki pemain import. GOOD LUCK TO ALL =)

No comments:

Post a Comment